Hadis Sahih Muslim No. 1328 Jilid 3 Topik adalah Kahwin 1328. Dari Rabi' bin Sabrah Al Juhani r.a., bapanya mengkhabarkan kepadanya, bahawa dia pernah pergi bersama-sama Rasulullah saw. (dalam peperangan menaklukkan Mekah). Rasulullah saw. bersabda: "Aku telah membolehkan kamu nikah mutaah. Sesungguhnya (mulai saat ini) Allah telah mengharamkannya sampai hari kiamat nanti. Maka siapa yang masih punya isteri mutaah, ceraikanlah dia dan jangan kamu ambil kembali daripadanya apa-apa yang telah kamu berikan kepadanya." |