Hadis Sahih Muslim No. 1324 Jilid 3 Topik adalah Kahwin 1324. Dari 'Abdullah r.a., katanya: "Kami pergi berperang bersama-sama dengan Rasulullah saw. tanpa wanita menyertai kami. Lalu kami bertanya kepada beliau, "Bolehkah kami melakukan pengebirian?" Beliau melarang kami melakukannya, tetapi membolehkan kami menikahi perempuan untuk masa tertentu dengan mahar sehelai baju. Kemudian 'Abdullah membaca ayat: "Hai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu haramkan sesuatu yang baik yang telah dihalalkan Allah bagi mu, dan jangan pula kamu melampaui batas; sesungguhnya Allah tiada menyukai orang-orang yang melampaui batas." (Al Maidah: 87) |