Hadis Sahih Bukhari No. 1324 Jilid 3 Topik adalah Rasul 1324, Dari Ummu Haram r.a.: Ia mendengar Nabi s.a.w. bersabda: "Tentera pertama dari umat ku yang berperang mengarungi lautan, telah dipastikan masuk syurga." Kata Ummu Haram: Saya bertanya: "Hai Rasulullah! Adakah saya dalam golongan mereka?" Beliau menjawab: " Engkau dalam golongan mereka!" Kemudian Nabi s.a.w. bersabda lagi: "Tentera pertama dari umat ku yang memerangi negeri Kaisar (Rum), mendapat ampunan". Saya bertanya: "Apakah saya dalam golongan mereka, hai Rasulullah?" Beliau menjawab: "Tidak!" |