Hadis Sahih Bukhari No. 1321 Jilid 3 Topik adalah Rasul 1321, Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: Nabi s.a.w. berdoa waktu beliau berada di Qubbah: "Ya Allah! Saya memohon ke hadapan Engkau supaya janji Engkau terjadi, Ya Tuhan! Jikalau Engkau kehendaki, tiadalah Engkau akan disembah orang sesudah hari ini!" Abu Bakar lalu memegang tangan beliau, katanya: "Cukuplah hai Rasulullah! Sesungguhnya tuan sangat banyak bercakap pada Tuhan!" Beliau waktu itu memakai baju besi, lalu beliau buka dan beliau bersabda: "Kaum musyrik itu bakal dikalahkan dan lari cerai berai. Pada hari kiamat, mereka akan diseksa. Hari kiamat itu lebih berbahaya dan lebih pahit". |