Hadis Sahih Muslim No. 1320 Jilid 3 Topik adalah Kahwin 1320. Dari Anas r.a., katanya: "Beberapa orang sahabat Nabi saw. bertanya kepada para isteri beliau tentang amal ibadah beliau ketika sedang bersunyi diri. Setelah mendapat jawapan, maka di antara para sahabat itu ada yang berkata, "Aku tidak akan pernah kahwin!" Sebahagian lagi berkata, "Aku tidak akan makan daging." Yang lain berkata pula, "Aku tidak akan tidur di atas kasur." Mendengar ucapan-ucapan para sahabat itu, Nabi saw. serta-merta memuji dan menyanjung Allah swt. lalu beliau bersabda: "Bagaimanalah cara berfikir mereka, sehingga mereka berujar begini dan begitu. Padahal aku sendiri solat, tidur, puasa, berbuka, dan bahkan aku menikah. Siapa yang benci kepada cara hidup (sunnah)ku maka dia tidak termasuk golonganku." |