Hadis Sahih Bukhari No. 1320 Jilid 3 Topik adalah Rasul 1320, Dari Jabir bin Abdullah r.a.: Ia turut berperang bersama Rasulullah s.a.w. ke jurusan Najd. Setelah Rasulullah s.a.w. berangkat, ia pun berangkat bersama beliau. Tibalah waktu mereka beristirehat dilembah di mana banyak pohon berduri. Rasulullah berteduh di bawah pohon. Beliau berhenti di bawah sebatang pohon dan beliau menggantungkan pedang beliau di pohon itu. Kami tertidur sebentar. Tiba-tiba Rasulullah s.a.w. memanggil kami, dan di waktu itu di sisi beliau ada seorang Arab dusun. Lalu beliau bersabda: "Orang ini mencabut pedang saya dari sarungnya ketika saya tertidur. Lalu saya terbangun, sedang pedang itu berkilat-kilat terhunus di tangannya. Katanya: "Siapakah yang akan mempertahankan tuan terhadap saya?" Jawab saya: "Allah!" Tiga kali beliau ucapkan. Tiadalah beliau seksa orang itu dan ia pun duduk. |