Hadis Sahih Muslim No. 1319 Jilid 3 Topik adalah Kahwin 1319. Dari 'Abdullah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Hai, para pemuda! Siapa-siapa di antara kamu yang telah sanggup memikul tanggung jawab berumah tangga, maka kahwinlah! Kerana perkahwinan itu dapat menundukkan mata dan kemaluan (dari dosa). Siapa yang belum sanggup, hendaklah dia puasa, kerana puasa itu dapat menundukkan nafsu berahi." |