Hadis Sahih Bukhari No. 1317 Jilid 3 Topik adalah Rasul 1317, Dari Salamah bin Akwa' r.a., katanya: Nabi s.a.w. melalui satu kaum dari suku Aslam. Mereka berlumba memanah. Lalu Nabi s.a.w. bersabda: "Panahlah hai Bani Ismail! Nenek moyang kamu adalah orang yang pintar memanah. Panahlah! Saya di pihak Bani Polan". Kata Salamah: Salah satu dua golongan itu menahan tangannya (tidak memanah). Rasulullah s.a.w. bertanya: "Kenapa kamu tidak memanah?" Jawabnya: "Bagaimana kami akan memanah, sedang tuan di pihak mereka!" Nabi s.a,w. bersabda: "Panahlah! Sesungguhnya saya di pihak semua!" |