Hadis Sahih Muslim No. 1316 Jilid 3 Topik adalah HajiUmrh 1316. Dari Abu Salamah bin 'Abdurrahman r.a., katanya dia bertemu 'Abdurrahman bin Abu Sa'id Al Khudri r.a., lalu dia bertanya: "Apa yang kamu dengar dari bapamu tentang masjid yang dibangun atas dasar taqwa?" Jawab: "Bapa ku menceritakan bahawa dia pergi menemui Rasulullah saw. di rumah seorang isteri beliau, lalu dia bertanya: "Ya, Rasulullah! Masjid manakah di antara dua masjid (Mekah dan Madinah) yang dibangun atas dasar taqwa?" Beliau mengambil segenggam pasir lalu dibuangnya kembali ke tanah, dan kemudian beliau bersabda: "Masjid kamu ini (masjid Madinah)!" |