Hadis Sahih Bukhari No. 1315 Jilid 3 Topik adalah Rasul 1315, Dari Abi Said Al Khudri r.a., dari Nabi s.a.w., beliau bersabda: "Akan datang suatu zaman, di mana beberapa golongan manusia berperang. Lalu ditanyakan: "Adakah dalam golongan kamu orang yang menjadi sahabat Nabi s.a.w"?" Di jawab: "Ya!" Lalu diberi kemenangan." Kemudian datang pula suatu zaman. Ditanyakan: "Adakah dalam golongan kamu orang yang bersahabat dengan sahabat-sahabat Nabi s.a.w"?" Dijawab: "Ya". Lalu diberi kemenangan. Kemudian datang lagi suatu zaman. Lalu ditanyakan: "Adakah dalam golongan kamu orang yang bersahabat dengan sahabat-sahabat Nabi s.a.w. ?" Dijawab: "Ya!" Lalu diberi kemenangan". |