Hadis Sahih Bukhari No. 1310 Jilid 3 Topik adalah Rasul 1310, Dari Aisyah r.a., katanya: Nabi s.a.w. berjaga malam hari. Setelah beliau sampai ke Madinah, beliau bersabda: "Mudah-mudahan ada seorang laki-laki yang soleh di antara sahabat-sahabat saya yang akan mengawal saya malam ini". Tiba-tiba kami dengar bunyi senjata. Lalu beliau bertanya: "Siapakah ini.". Lalu orang itu menjawab: "Saya Saad bin Abi Waqas! Saya datang untuk mengawal tuan". Nabi s.a.w. lantas tidur. |