Hadis Sahih Bukhari No. 1300 Jilid 3 Topik adalah Rasul 1300, Dari Jabir r.a., katanya, Nabi s.a.w. bersabda: "Siapakah yang dapat menyampaikan kepada saya berita musuh dalam peperangan Ahzab?" Zubair menjawab: "Saya!" Kemudian beliau bersabda: "Siapakah yang sanggup menyampaikan kepada saya berita keadaan musuh?" Zubair menjawab: "Saya!" Lalu Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Setiap Nabi ada pembantunya (pengikut yang setia), dan pembantu saya ialah Zubair". |