Hadis Sahih Muslim No. 1297 Jilid 3 Topik adalah HajiUmrh 1297. Dari Anas bin Malik r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda kepada Abu Thalhah: "Hai, Abu Thalhah! Beri aku seorang pemuda di antara pemuda-pemudamu untuk melayani ku!" Akulah yang beruntung dibawanya kepada Rasulullah saw., dengan membonceng di belakang Abu Thalhah, untuk melayani beliau. Demikianlah setiap beliau turun dari kenderaannya aku segera datang melayani. Kemudian, tatkala kami sampai ke bukit Uhud beliau bersabda: "Bukit ini mencintai kita dan kita mencintainya." Tatkala sudah dekat akan sampai ke kota Madinah, beliau mendoa: "Wahai, Allah! Ku jadikan negeri ini, iaitu antara kedua bukitnya yang berbatu-batu hitam sebagai Tanah Haram, seperti Ibrahim menjadikan Mekah sebagai Tanah Haram. Wahai Allah! Berikanlah kemakmuran bagi penduduknya dalam soal pakaian dan makanan mereka." |