Hadis Sahih Bukhari No. 1295 Jilid 3 Topik adalah Rasul 1295, Dari Bara' r.a., katanya: Saya lihat Rasulullah s.a. w . pada hari peperangan Ahzab mengangkut tanah, dan sesungguhnya tanah itu melumuri putih perutnya. Beliau bersabda: "Jikalau tidaklah Engkau Ya Tuhan, kami tiada mendapat petunjuk dan pengajaran. Kami tiada bersedekah dan berkorban. Tiada solat dan menunaikan kewajiban. Kerana, itu turunkanlah kiranya kepada kami ketenteraman. Teguhkanlah fikiran kami menghadap lawan. Mereka sentiasa melakukan aniaya. Kalau mereka menjalankan paksaan, kami tetap melawan". |