Hadis Sahih Bukhari No. 1293 Jilid 3 Topik adalah Rasul 1293, Dari Anas r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. berangkat kepada peperangan Khandaq, dan kebetulan kaum Muhajirin dan Ansar sedang menggali tanah (membuat parit) di waktu pagi yang amat dingin. Mereka tidak memakai pekerja (kuli) untuk mengerjakannya. Setelah melihat mereka payah dan lapar, beliau bersabda: "Ya Allah! Sesungguhnya hidup yang sejati ialah hidup akhirat. Maka ampunilah kiranya orang Ansar dan orang yang hijrah!" Lalu mereka menjawab: "Kamilah orang-orang yang berjanji setia kepada Muhammad. Untuk berjihad selama hayat". |