Hadis Sahih Bukhari No. 1292 Jilid 3 Topik adalah Rasul 1292, Dari Zaid bin Tsabit r.a., kalanya: Rasulullah s.a.w. menyuruh menuliskan kepada saya firman Tuhan yang ertinya: "Tiada sama orang yang duduk (tidak turut berperang) dengan orang yang berjihad (berperang) di jalan Allah". Kata Anas: Maka datanglah Ibnu Ummi Maktum ketika beliau menuliskan kepada saya. Lalu ia berkata: "Hai Rasulullah! Kalau sekiranya saya sanggup berjihad (berperang), nescaya saya akan turut berperang". Dia seorang laki-laki yang buta. Lalu Tuhan menurunkan wahyu kepada Rasulullah s.a.w. sedang peha beliau di atas peha saya. Maka terasa amat berat bagi saya, sehingga saya khuatir peha saya akan pecah. Kemudian wahyu selesai. Tuhan menurunkan ayat yang ertinya: "Selain orang yang mempunyai cacat". |