Hadis Sahih Muslim No. 1291 Jilid 3 Topik adalah HajiUmrh 1291. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Setelah Allah Ta'ala memenangkan Rasulullah saw. atas penaklukan kota Mekah, beliau berpidato di hadapan orang ramai. Setelah memuji dan menyanjung Allah, beliau bersabda: "Sesungguhnya Alah telah melindungi kota Mekah dari serangan tentera gajah serta memberi kekuatan kepada RasulNya dan orang-orang yang beriman untuk mempertahankannya. Tidak seorang pun boleh berperang di negeri ini. Larangan itu telah ada sejak dahulu. Dan hanya dikecualikan kepada ku untuk sesaat di siang hari. Dan juga tidak dibolehkan bagi orang-orang yang sesudahku. Jangan dibunuh haiwan-haiwan buruannya, jangan dipotong pohon berdurinya, dan jangan dipungut barang-barang yang hilang tercicir kecuali untuk diumumkan. Siapa yang anggota keluarganya terbunuh, dia mempunyai dua pilihan yang baik, iaitu: menerima wang tebusan atau membunuh si pembunuh." Maka berujar Al 'Abbas, "Selain izkhir, ya Rasulullah. Kerana kami memerlukannya untuk perkuburan dan rumah-rumah kami." Maka bersabda Rasulullah saw., "Melainkan izkhir." |