Hadis Sahih Muslim No. 1290 Jilid 3 Topik adalah HajiUmrh 1290. Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya: "Pada hari penaklukan Mekah, Rasulullah saw. bersabda: "Mekah telah ditaklukkan. Mulai sekarang tidak ada lagi hijrah. Yang ada hanyalah jihad dan niat menegakkan agama Allah. Bila kamu diperintahkan berangkat, maka berangkatlah! Mekah telah ditaklukkan. Sesungguhnya tanah ini diharamkan Allah sejak terciptanya langit dan bumi. Maka negeri ini negeri haram, kerana diharamkan Allah hingga hari kiamat. Siapa pun tidak boleh berperang di negeri ini, baik orang yang sebelumku maupun aku sendiri, kecuali hanya satu saat di siang hari bagi ku. Negeri ini negeri haram kerana diharamkan Allah sampai hari kiamat. Di negeri ini tidak boleh memotong pohon berduri, tidak boleh memburu binatang-binatangnya, tidak boleh memungut barang hilang kerana tercicir, kecuali untuk diumumkan, dan tidak boleh memotong rumputnya. Maka berkata 'Abbas, "Ya, Rasulullah! Selain izkhir, kerana izkhir diperlukan tukang besi dan pembangunan rumah." Maka sabda Nabi saw., "Melainkan izkhir." |