Hadis Sahih Bukhari No. 1289 Jilid 3 Topik adalah Rasul 1289, Dari Abu Hurairah r.a.. katanya: Saya menghadap Rasulullah s.a.w. waktu di Khaibar sesudah orang Islam mendudukinya. Saya berkata: "Bahagikanlah untuk saya!" Beberapa orang dari Bani Said bin 'Ash berkata: "Jangan tuan bahagikan untuknya, hai Rasulullah. Abu Hurairah berkata: "Orang inilah yang membunuh ibnu Qauqal!" Ibnu Said bin 'Ash lalu berkata: "Aneh". Wabr (sebangsa binatang) datang kepada kami dari bukit Daa'n mengkhabarkan, bahawa saya membunuh laki-laki Muslim yang dimuliakan Tuhan di tangan saya dan Tuhan tiada menghinakan saya di tanganNya". |