Hadis Sahih Bukhari No. 1285 Jilid 3 Topik adalah Rasul 1285, Dari Ikrimah r.a., bahawa Ibnu Abbas r.a. mengatakan kepadanya dan kepada Ali bin Abdullah r.a.; katanya: "Kunjungilah Abu Said dan dengarkanlah ceritanya!" Lalu kami mengunjunginya. Ketika itu ia dan saudaranya sedang berada dalam kebun kepunyaan mereka berdua yang sedang diairi. Setelah ia melihat kami, ia datang, lalu mencangkung dan terus duduk. Ia berkata: "Kami mengangkut batu bata untuk masjid satu-satu, sedang Ammar mengangkutnya dua-dua. Kemudian Nabi s.a.w. lalu di situ dan beliau sapu debu di kepala Ammar dan beliau bersabda: "Wah Ammar dicela oleh kaum yang bersalah. Ammar memanggil mereka kepada Tuhan, sedang mereka memanggilnya ke neraka". |