Hadis Sahih Bukhari No. 1282 Jilid 3 Topik adalah Rasul 1282, Dari Anas bin Malik r.a., Ummu Rubaiyi' binti Bara' (dan dia juga ibu Haritsah bin Suraqah) datang menghadap Nabi s.a.w., lalu berkata: "Hai Nabi Allah! Baiklah tuan ceritakan kepada saya tentang Haritsah, kerana dia meninggal di hari peperangan Badr, kena panah yang tersasar. Jikalau dia berada dalam syurga, saya sabar dan kalau ada bukan demikian, saya sungguh-sungguh akan menangisinya". Beliau bersabda: "Hai Ummu Haritsah! Sesungguhnya dalam syurga itu terdapat berapa tingkat, sedang anak engkau memperoleh Firdaus tingkat yang paling tinggi". |