Hadis Sahih Bukhari No. 1280 Jilid 3 Topik adalah Rasul 1280, Dari Zaid bin Tsabit r.a., katanya: Saya menyalin tulisan ayat Quran beberapa halaman, maka tiada saya dapati satu ayat dari surat Al Ahzab yang pernah saya dengar Rasulullah s.a.w. membacanya. Ayat itu hanya kedapatan pada Khuzaimah bin Tsabit, orang Ansar, di mana Rasulullah s.a.w. menjadikan kesaksiannya sama dengan kesaksian dua orang laki-laki lain, iaitu firman Tuhan yang ertinya: "Di antara orang-orang mukmin ada beberapa orang laki-laki yang menepati apa yang mereka janjikan kepada Tuhan" (Surat Al Ahzab, 23). |