Hadis Sahih Bukhari No. 1276 Jilid 3 Topik adalah Rasul 1276, Dari Anas r.a.. katanya: Nabi s.a.w. mengutus sejumlah orang Bani Sulaim kepada Bani Amir iaitu sebanyak tujuh puluh orang. Setelah mereka tiba di situ, pakcik ku berkata kepada mereka: Kiranya mereka mengamankan saya, saya sampaikan kepada mereka pesan Rasulullah s.a.w.! Tetapi kalau tidak, cepatlah mendekati saya!" Lalu ia dahulu menemui mereka, lantas mereka mengamankannya. Ketika ia menceritakan kepada mereka ajaran dari Nabi s.a.w.. mereka memberi isyarat kepada seorang laki-laki di antara mereka lalu ditusuknya pakcik sampai tembus. Kata pakcik: "Maha besar Tuhan! Saya menang, demi Tuhan Kaabah!" Kemudian mereka menuju pada sahabat-sahabatnya yang lain, lalu mereka bunuh semuanya selain seorang laki-laki pincang yang naik ke bukit. Lalu Jibril mengkhabarkan pada Nabi s.a.w. bahawa mereka telah menemui Tuhannya dan Tuhan senang kepada mereka dan Dia menyenangkan mereka. Kami pernah membaca (yang ertinya): "Bahawa sampaikanlah kepada kaum kami, bahawa sesungguhnya kami telah menemui Tuhan kami. Lalu Dia senang kepada kami dan kami disenangkannya". Kemudian dinasikhkan (ditiadakan). Lalu beliau mendoakan selama empat puluh hari pada waktu subuh untuk kebinasaan suku Riil, Zakwan, Bani Lihyan, dan Bani Ushaiyah, orang-orang yang mendurhakai Allah dan RasulNya s.a.w. |