Hadis Sahih Muslim No. 1272 Jilid 3 Topik adalah HajiUmrh 1272. Dari 'Abdullah bin 'Abbas r.a., katanya: "Fadhal bin 'Abbas pernah membonceng kenderaan di belakang Rasulullah saw., tiba-tiba datang seorang perempuan dari Khats'am minta fatwa kepada beliau. Fadhal menengok kepada perempuan itu dan perempuan itu menengok kepada Fadhal. Lalu Rasulullah saw. memalingkan muka Fadhal ke arah lain. Kata perempuan itu, "Ya, Rasulullah! Kewajipan untuk menunaikan haji terpikul kepada bapaku yang sudah tua. Beliau sudah tak sanggup lagi duduk di kenderaan lama-lama. Bolehkah aku menggantikan beliau?" Jawab Nabi saw., "Ya, boleh!" Tanya jawab itu terjadi ketika haji wada'. |