Hadis Sahih Muslim No. 1271 Jilid 3 Topik adalah HajiUmrh 1271. Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Aku menanya kepada Rasulullah saw. perihal dinding (Kaabah), apakah termasuk Bait atau tidak?" Beliau mengatakan, "Termasuk!" Kataku, "Kenapa tidak dimasukkan mereka?" Jawab beliau, "Kaummu kekurangan dana." Tanya ku, "Kenapa pintunya tinggi begitu?" Jawab beliau, "Itu siasat bangsamu, supaya mereka dapat memasukkan orang yang disukainya dan melarang orang yang tidak disukainya. Kalau bukanlah kerana bangsamu baru saja meninggalkan masa jahiliyah, yang menyebabkan kekhuatiran ku hati mereka akan berbalik menjadi ingkar, aku telah berfikir akan memasukkan dinding itu ke Bait dan membuat pintu sampai ke tanah." |