Hadis Sahih Muslim No. 1268 Jilid 3 Topik adalah HajiUmrh 1268. Dari 'Aisyah r.a., isteri Rasulullah saw., katanya Rasulullah saw. bersabda kepadanya: "Tahukah kamu bahawa ketika kaum Quraisy membangunan Kaabah, mereka mengubahnya lebih kecil dari tapak yang dibuat Nabi Ibrahim a.s." Jawab ku, "Ya, Rasulullah! Kenapa anda tidak mengubahnya kembali sesuai dengan tapak yang dibuat Nabi Ibrahim?" Jawab Rasulullah saw., "Kalau bukanlah kerana kaum mu baru saja meninggalkan kekafiran, tentu ku ubah kembali!" |