Hadis Sahih Muslim No. 1266 Jilid 3 Topik adalah HajiUmrh 1266. Dari Ibnu Juraij r.a., katanya: "Aku pernah bertanya kepada 'Atha', adakah anda mendengar Ibnu 'Abbas berujar: "Sesungguhnya kamu hanya disuruh tawaf dan tidak disuruh memasukinya, walaupun beliau tidak melarang memasukinya. Bahkan aku mendengarnya berujar, Usamah bin Zaid mengkhabarkan kepada ku, bahawa Nabi saw. mendoa disetiap sudut, ketika beliau memasuki Bait dan beliau tidak solat di dalam sampai beliau keluar kembali. Setelah berada di luar, lalu beliau solat dua rakaat di hadapannya. Kemudian beliau bersabda: "Inilah kiblat." Aku bertanya, "Salah satu sisinya ataukah seluruh sisinya?" Jawab beliau, "Bahkan setiap sisi Bait." |