Hadis Sahih Muslim No. 1265 Jilid 3 Topik adalah HajiUmrh 1265. Dari Ibnu 'Umar r.a., katanya: "Ketika Rasulullah saw. tiba di Mekah di hari penaklukan, beliau turun di halaman Kaabah dan menyuruh 'Usman bin Thalhah mengambil pisau. Setelah dia datang membawa pisau, lalu dibukanya pintu Kaabah. Nabi saw. masuk ke dalam diiringkan Bilal, Usamah bin Zaid serta 'Usman bin Thalhah. Kemudian beliau suruh kunci pintu, dan mereka tinggal di dalam beberapa saat lamanya. Kata Abdullah selanjutnya, sesudah pintu terbuka kembali aku segera mendahului orang banyak menemui Rasulullah saw. Beliau keluar mengiringkan Bilal. Aku bertanya kepada Bilal, "Apakah Allah saw. solat di dalam?" Jawab Bilal, "Ya!" Tanya ku, "Di mana?" Jawab Bilal, "Antara dua tiang." Kata Ibnu 'Dinar, "Aku lupa menanyakan berapa rakaat beliau solat." |