Hadis Sahih Bukhari No. 1265 Jilid 3 Topik adalah Keluarga 1265. Dari Abi Abdur Rahman r.a. ketika Usman r.a. dikepung, ia menujukan pembicaraan kepada orang-orang yang mengepungnya, katanya: "Saya mohon pertolongan Tuhan terhadap kamu, dan saya tiada akan meminta bantuan melainkan kepada sahabat-sahabat Rasulullah. Tidakkah kamu ketahui, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: "Barangsiapa yang menggali (membuat) sumur, maka orang itu mendapat syurga". Lantas saya gali. Tidakkah kamu ketahui bahawa sesungguhnya beliau bersabda: "Barangsiapa yang menyediakan perbekalan untuk tentera yang kekurangan, maka orang itu mendapat syurga". Lantas saya sediakan untuk mereka." Kata Rawi: Lalu orang banyak membenarkan apa yang dikatakannya itu. |