Hadis Sahih Bukhari No. 1263 Jilid 3 Topik adalah Keluarga 1263. Dari Anas r.a. katanya: Sewaktu Rasulullah s.a.w. datang ke Madinah, beliau tiada mempunyai pelayan. Abu Thalhah lalu memegang tangan saya dan terus berjalan dengan saya menemui Rasulullah s.a.w. Katanya: "Hai Rasulullah! Anas ini seorang pemuda yang cerdas. Biarlah dia melayani tuan!" Kata Anas: Lalu saya melayani beliau dalam perjalanan dan waktu menetap. Beliau belum pernah berkata kepada saya tentang sesuatu yang dikerjakan: "Mengapa begitu engkau kerjakan?" Dan belum pernah pula beliau berkata tentang sesuatu yang tidak (belum) saya kerjakan: "Mengapa tidak engkau kerjakan?" |