Hadis Sahih Bukhari No. 1261 Jilid 3 Topik adalah Keluarga 1261. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. berdiri ketika Tuhan Yang Maha Mulia dan Maha Besar menurunkan ayat yang ertinya: "Dan berilah peringatan kepada kaum keluarga engkau terdekat!" Lalu beliau bersabda: "Hai kaum Quraisy! (atau perkataan yang serupa dengan itu), Tebuslah dirimu! Saya tiada dapat menolongmu barang sedikit pun dari seksa Tuhan. Hai Bani Abdi Manaf! Saya tiada boleh menolongmu sedikit pun. Hai Abbas anak Abdul Muthalib! Saya tiada boleh menolongmu sedikit pun dari seksa Tuhan. "Hai Safiah, bibi Rasulullah! Saya tiada boleh menolongmu sedikit pun dari seksa Tuhan. Hai Fatimah binti Muhammad! Mintalah kepada saya harta dan saya tiada boleh menolongmu sedikit pun dari seksa Tuhan!" |