Hadis Sahih Bukhari No. 1257 Jilid 3 Topik adalah Harta 1257. Dari Ibnu Umar r.a.: Bahawa Umar bin Khattab mendapat tanah di Khaibar, lalu ia datang menghadap Nabi s.a.w. untuk bermusyawarat tentang tanah itu. Katanya: Hai Rasulullah! Saya mendapat tanah di Khaibar dan belum pernah saya mendapat harta benda yang lebih indah dari itu dalam pandangan saya. Apakah yang tuan perintahkan tentang tanah itu?" Sabda beliau: Jikalau engkau mahu, wakafkan!" Kata Rawi: Lalu diwakafkan oleh Umar. Tanah itu tiada boleh dijual, diberikan atau dipusakakan. Dan buahnya diberikan untuk fakir miskin, karib kerabat, untuk memerdekakan hamba sahaya, untuk jalan Allah (membantu agama Allah), untuk orang yang dalam perjalanan dan untuk tetamu. Orang yang memeliharanya boleh mengambilnya dengan cara yang patut dan memberi makan orang lain, akan tetapi tidak boleh dijadikan wang. |