Hadis Sahih Bukhari No. 1253 Jilid 3 Topik adalah Damai 1253. Dari Anas r.a.: Rubaiyi' binti Nadr memecah gigi seorang anak perempuan, lalu pemiliknya meminta pembayaran, sedang keluarga Rubaiyi meminta maaf, maka antara kedua belah pihak tiada dapat persetujuan. Lalu mereka datang mengadap Nabi s.a.w. Beliau memerintahkan qisas kepada mereka. Anas bin Nadr berkata: "Apakah akan dipecah pula gigi Rubaiyi', ya Rasulullah! Jangan, demi Tuhan yang mengutus tuan dengan yang hak, tak usahlah dipecah giginya". Dan beliau bersabda: "Hai Anas! Kitab Allah (hukum Tuhan) ialah qisas". Keluarga anak perempuan itu kemudian mahu memberi maaf. Nabi s.a.w. bersabda: "Bahawa sesungguhnya di antara hamba Allah, ada yang bersumpah dengan Allah dibaikkannya (disempurnakannya) sumpah itu". |