Hadis Sahih Muslim No. 1251 Jilid 3 Topik adalah HajiUmrh 1251. Dari Bakar bin 'Abdullah Al Muzani r.a., katanya: "Aku duduk bersama Ibnu 'Abbas dekat Kaabah. Tiba-tiba datang seorang Arab dusun bertanya: "Aku lihat anak-anak pakcik anda minum madu dan susu, sedangkan anda minum anggur. Apakah hal itu kerana suatu maksud ataukah kerana bakhil?" Jawab Ibnu 'Abbas, "Segala puji bagi Allah. Tidak ada suatu maksud bagi kami dan tidak pula kerana bakhil. Rasulullah saw. pernah datang berkenderaan dan di belakangnya membonceng Usamah. Beliau minta minum, lalu kami beri minum dengan anggur. Setelah beliau minum, sisanya diberikan kepada Usamah. Sabda beliau, "Perbuatanmu ini sangat baik dan bagus; teruskanlah seperti itu!" Aku tidak ingin merubah apa yang diperintahkan oleh Rasulullah saw." |