Hadis Sahih Muslim No. 1248 Jilid 3 Topik adalah HajiUmrh 1248. Dari 'Abdullah bin 'Amru bin 'Ash r.a .,katanya: "Ketika haji wada', Rasulullah saw. pernah berhenti di Mina untuk menunggu orang banyak agar bertanya kepada beliau. Maka tampillah seorang lelaki, lalu dia bertanya: "Ya, Rasulullah. Aku sudah terlanjur bercukur sebelum menyembelih korban, bagaimana itu?" Jawab beliau, "Sembelihlah, tidak mengapa!" Kemudian datang pula lelaki yang katanya: "Ya, Rasulullah! Aku sudah terlanjur menyembelih lebih dahulu sebelum melontar, bagaimana itu?" Jawab beliau, "Lontarlah. Tidak mengapa!" Kata 'Abdullah, "Segala sesuatu yang ditanyakan kepada beliau, ialah hal-hal yang urutannya tidak tertib kerana terlanjur atau lupa. Dijawab oleh beliau, "Teruskanlah, tidak berdosa." |