Hadis Sahih Muslim No. 1247 Jilid 3 Topik adalah HajiUmrh 1247. Dari Anas bin Malik r.a., katanya: "Setelah Rasulullah saw. sampai di Mina, beliau datang ke Jamratul 'Aqabah lalu melontarnya. Kemudian beliau pergi ke tempatnya di Mina, di sana beliau menyembelih korban. Sesudah itu beliau bersabda kepada tukang cukur, "Cukurlah rambutku, sambil beliau memberi isyarat ke kepalanya sebelah kanan dan kiri; sesudah bercukur, diberikannya rambutnya kepada orang ramai." |