Hadis Sahih Bukhari No. 1246 Jilid 3 Topik adalah Damai 1246. Dari Anas r.a., katanya: Ada orang mengatakan kepada Nabi s.a.w. "Mohon tuan datangi Abdullah bin Ubaiyy". Lalu Nabi s.a.w. berangkat untuk menemuinya dan beliau mengenderai keldai. Orang-orang Islam turut berangkat berjalan bersama dengan beliau sedangkan di situ tanah kering. Waktu Nabi s.a.w. datang kepadanya, ia berkata: "Menghindarlah tuan dari saya! Demi Allah, sesungguhnya saya merasa sakit kerana bau busuk keldai tuan". Seorang laki-laki dari orang Ansar di antara mereka berkata: "Demi Allah! Sesungguhnya keldai Rasulullah s.a.w. lebih harum baunya dari engkau". Seorang laki-laki dari kaum Abdullah lalu marah. dan keduanya saling memaki-maki dan saling bermarahan. Lalu keduanya berpukul-pukulan dengan pelepah kurma, tangan, dan terompah. Kemudian sampai kepada kami, ayat yang diturunkan ertinya: "Dan kalau dua golongan dari orang mukmin berperang-perangan, maka hendaklah kamu damaikan antara keduanya". (Surat Al Hujurat, 9) |