Hadis Sahih Bukhari No. 1245 Jilid 3 Topik adalah Sumpah 1245. Dari Jabir bin Abdullah r.a., katanya: Setelah Nabi s.a.w. wafat, harta 'Ala' bin Hadrami dibawa kepada Abu Bakar. Kata Abu Bakar: "Barangsiapa yang berpiutang kepada Nabi s.a.w. atau ada janji dari beliau, hendaklah datang kepada kami!" Jabir berkata: Kata saya: "Rasulullah s.a.w. menjanjikan, bahawa beliau akan memberi saya sekian, sekian dan sekian". Lalu ditampungkannya kedua tangannya tiga kali. Kata Jabir: "Abu Bakar menghitung di tangan saya lima ratus, kemudian lima ratus dan kemudian lima ratus". |