Hadis Sahih Muslim No. 1239 Jilid 3 Topik adalah HajiUmrh 1239. Dari Ummul Hushain r.a., katanya: "Aku ikut menunaikan ibadah haji bersama-sama dengan Rasulullah saw. ketika haji wada'. Aku melibat ketika beliau melontar Jumrah 'Aqabah. Sesudah itu beliau pergi dengan kenderaannya bersama-sama Bilal dan Usamah; yang satu memegang kendali unta, dan yang satu lagi memayungi Rasulullah saw. dengan bajunya dari terik matahari. Kata Ummul Hushain, "Ketika itu Rasulullah saw. banyak berbicara. Yang aku dapat mendengarnya, beliau bersabda: "Sekalipun yang memegang kekuasaan seorang budak hitam, tetapi dia memerintah dengan Kitabullah, dengarkan dan patuhilah dia!" |