Hadis Sahih Bukhari No. 1237 Jilid 3 Topik adalah Saksi 1237. Dari Aisyah r.a., katanya: Nabi s.a.w. mendengar seorang laki-laki membaca Quran dalam masjid. Beliau bersabda: "Kiranya Allah memberi rahmat kepadanya! Ia mengingatkan saya akan ayat ini dan ayat itu yang saya lupa memasukkannya dalam surah ini dan surah itu". Abbad bin Abdullah r.a. menambahkan dari Aisyah r.a.: Nabi s.a.w. tahajjud di rumahku dan beliau mendengar suara Abbad sedang solat dalam masjid. Beliau bersabda: "Hai Aisyah! Suara Abbadkah ini?" Jawab ku: "Ya!" Sabda beliau: "Ya Tuhan, kasihilah kiranya Abbad!" |