Hadis Sahih Muslim No. 1236 Jilid 3 Topik adalah HajiUmrh 1236. Dad Ibnu Syihab r.a., katanya Salim bin 'Abdullah mengkhabarkan kepadanya bahawa 'Abdullah bin 'Umar memberangkatkan keluarganya yang lemah lebih dahulu, lalu mereka berhenti dekat Masy'aril Haram di Muzdalifah. Sepanjang malam mereka selalu zikir dengan membaca zikir yang mudah bagi mereka. Kemudian mereka berangkat sebelum Imam sampai dan ada pula yang sebelum Imam berangkat. Sebagian mereka sampai di Mina tepat pada waktu solat Subuh dan sebahagian lagi sesudahnya. Sampai di Mina mereka terus melontar Jumrah. Kata Ibnu 'Umar, Mereka telah mendapat kelonggaran dari Rasulullah saw." |