Hadis Sahih Bukhari No. 1232 Jilid 3 Topik adalah Saksi 1232. Dari Aisyah r.a., isteri Nabi s.a.w., sesungguhnya Nabi s.a.w berada didekatnya ketika ia mendengar suara laki-laki minta izin masuk ke rumah Hafsah. Kata Aisyah, saya berkata: "Hai Rasulullah! Saya kira orang itu si Anu, bapa kecil Hafsah sesusuan! Kata Aisyah seterusnya: "Hai, Rasulullah! Laki-laki ini minta izin masuk ke rumah tuan". Rasulullah s.a.w. bersabda: "Saya juga mengira bahawa orang itu bapa kecil Hafsah kerana sesusuan". Kata Aisyah: "Kalau sekiranya si Anu bapa kecilku kerana sesusuan masih hidup, bolehkah ia masuk ke rumahku?" Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ya, sesungguhnya sesusuan itu menjadi muhrim, sebagaimana muhrim kerana keturunan". |