Hadis Sahih Muslim No. 1230 Jilid 3 Topik adalah HajiUmrh 1230. Dari Usamah bin Zaid r.a., katanya: "Rasulullah saw. berangkat dari Arafah. Ketika sampai di suatu bukit, beliau turun hendak buang air kecil dan sesudah itu beliau wuduk dengan sederhana. Lalu aku bertanya kepada beliau, "Apakah akan solat sekarang?" Jawab beliau, "Belum. Nanti saja pada perhentian yang berikut." Lalu beliau naik kenderaan kembali. Setelah sampai di Muzdalifah beliau turun, lalu wuduk dengan sempurna. Kemudian diqamatkan orang solat Maghrib dan semua orang berhenti di situ. Lalu diqamatkan pula solat Isyak, tanpa solat sunat antara keduanya." |