Hadis Sahih Bukhari No. 1229 Jilid 3 Topik adalah Saksi 1229. Dari Umar bin Khattab r.a., katanya: "Manusia di zaman Rasulullah s.a.w. berhukum dengan dasar wahyu, dan sekarang wahyu telah tidak turun lagi. Sekarang kamu kami hukum menurut apa yang nyata bagi kami tentang kerjamu. Barangsiapa yang nyata bagi kami baik, kami amankan dan kami benarkan. Kami tiada mengetahui sesuatu yang dirahsiakan: hanya Tuhan yang menghitung (memeriksa) yang dirahsiakannya itu. Siapa yang nyata bagi kami jahat, tidak kami amankan dan tidak kami benarkan, walaupun mengatakan bahawa yang dirahsiakan hatinya baik". |