Hadis Sahih Bukhari No. 1228 Jilid 3 Topik adalah Saksi 1228. Dari 'Uqbah bin Haris r.a., Ia kahwin dengan anak Abu Ihab bin Aziz. Kemudian ada seorang perempuan datang kepadanya, katanya: "Sesungguhnya saya yang menyusukan 'Uqbah dan perempuan yang dikahwininya". Kata 'Uqbah: "Saya tiada mengetahui bahawa anda menyusukan saya dan anda pun belum pernah mengkhabarkan itu kepada saya. Lalu ia pergi kepada keluarga Abu Ihab menanyakan hal itu kepada mereka. Mereka menjawab: "Kami tiada mengetahui bahawa ia menyusukan saudara kami". Lalu 'Uqbah berangkat ke Madinah untuk menghadap Nabi s.a.w. Maka ia bertanya kepada beliau. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Bagaimana membantahnya, kerana telah ada orang yang berkata begitu". Lalu diceraikannya dan perempuan itu kahwin dengan laki-laki lain. |