Hadis Sahih Bukhari No. 1227 Jilid 3 Topik adalah Saksi 1227. Dari Aisyah r.a., Isteri Rifaah al Qurazi datang menghadap Nabi s.a.w. katanya: Saya adalah isteri Rifa'h, kemudian saya ditalaknya, dan telah ditalak bain. Lalu saya kahwin dengan Abdurrahman bin Zubir. Tetapi dengan dia saya hanya sebagai jambu-jambu kain saja (tidak apa-apa). Sabda beliau: "Hendak kembalikah engkau kepada Rifaah? Belum boleh, sebelum engkau rasakan air madunya dan dirasanya air madu engkau (bersenggama). |