Hadis Sahih Bukhari No. 1226 Jilid 3 Topik adalah Saksi 1226. Dari Abdullah bin Umar r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersama Ubaiya hin Kaab, orang Ansar berjalan menuju sebuah kebun kurma yang di dalamnya ada Ibnu Saiyad. Ketika Rasulullah s.a.w. masuk beliau bersembunyi dekat pohon kurma dan beliau mengintip untuk mendengarkan sesuatu dari Ibnu Saiyad sebelum ia melihat beliau. Ibnu Saiyad sedang tidur di atas tikar dan mendengkur dalam selimutnya. Ibu Ibnu Saiyad melihat Nabi s.a.w. ketika beliau bersembunyi dekat pohon kurma, Katanya kepada Ibnu Saiyad: "Hai Shaf! Ini Muhammad!" Ibnu Saiyad lalu menghindar. Rasulullah bersabda: "Jikalau ibunya membiarkan tentu akan nyata keadaannya." |