Hadis Sahih Bukhari No. 1224 Jilid 3 Topik adalah Beri 1224. Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Waktu orang Muhajirin datang ke Madinah, mereka tiada membawa suatu apa pun sedang orang Ansar mempunyai tanah, kebun dan rumah-rumah. Orang Ansar lalu membagikan tanah itu dengan memberikan hasil harta itu kepada orang Muhajirin setiap tahun, dan mereka (Muhajirin) mencukupkan kerja dan belanja. Ibunya (ibu Anas di panggil orang Ummu Sulaim) adalah ibu Abdullah bin Abu Thalhah. Ibu Anas memberikan pohon kurma kepada Rasulullah s.a.w. lalu beliau berikan kepada Ummu Aiman, maula beliau, iaitu ibu Usamah bin Zaid. Ibnu Syihab berkata: "Anas bin Malik menceritakan kepada saya, bahawa Nabi s.a.w. setelah selesai memerangi penduduk Khaibar, beliau kembali ke Madinah. Waktu itu orang Muhajirin mengembalikan pemberian orang Ansar yang buahnya dahulu telah mereka ambil. Nabi s.a.w. mengembalikan kepada ibu Anas pohon kurmanya dan Rasulullah s.a.w. memberikan gantinya kepada Ummu Aiman dari kebun beliau sendiri". |