Hadis Sahih Muslim No. 1218 Jilid 3 Topik adalah HajiUmrh 1218. Dari Ibnu 'Abbu r.a., katanya: "Rasulullah saw. dan juga sahabat beliau datang ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji dalam keadaan lemah oleh penyakit Madinah. Lalu orang-orang musyrik Mekah berkata sesama mereka, "Esok akan datang ke sini suatu kaum yang lemah kerana mereka diserang penyakit panas yang memayahkan. Oleh kerana itu mereka duduk di dekat hijir memperhatikan kaum muslimin tawaf. Nabi saw. memerintahkan mereka supaya berlari tiga kali putaran dan berjalan biasa empat kali putaran antara dua sudut supaya dilihat kaum musyrikin ketangkasan mereka. Maka berkata kaum musyrikin sesama mereka, "Inikah orang-orang yang kamu katakan lemah kerana sakit panas, ternyata mereka lebih kuat dari golongan ini dan itu." |