Hadis Sahih Bukhari No. 1218 Jilid 3 Topik adalah Beri 1218. Dari Miswar bin Makhramah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. membahagi-bahagi pakaian, dan beliau tiada memberi Makhramah pakaian itu sehelai pun. Makhramah berkata: "Hai anakku! Marilah kita pergi menghadap Rasulullah s.a.w.!" Lalu kami pergi bersama-sama. Katanya: Masuklah engkau, dan mintakanlah kepada beliau untuk saya!" Kata Miswar: Lalu saya mintakan. Nabi lalu keluar menemuinya dengan membawa sehelai pakaian. Sabda beliau: "Inilah yang saya sediakan untukmu!" Kata Miswar: Ia (Makhramah) memandang pakaian itu dan merasa senang. |